Thursday, April 13, 2017

Pengalaman kerja 7E

Assalammuaalaikum..
disini aku nak ceritakan pengalaman aku kerja dekat 7E..first day aku kerja penat sikitlah sebab kena bersihkan gondola tempat susun barang...kena buat cleaner dalam masa seminggu tak boleh pegang POS sebab aku
dalam training lagi...kena ingatkan nama rokok,kena check harga barang dan macam-macam lagi.
Dulu aku fikir kerja 7E ni mudah rupanya tidak mudah seperti yang dilihatkan...sekian disini je sampai cerita aku..

Wednesday, December 23, 2015

Waffle mudah

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu teh serbuk penaik
Garam 1/4 sudu teh
Susu 1 cawan
2 biji gred A
4 sudu besar mentega(cairkan)
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
1.panaskan waffle maker.Dalam mangkuk besar pukul tepung, serbuk penaik,gula,dan garam; ketepikan.
2.Dalam mangkuk lain, pukul susu,esen vanila dan telur.
3.tuangkan campuran tepung dan pukul perlahan-lahan sampai sebati (jangan terlalu lama).
4.masukkan mentega cair pukul sebati
5.tuangkan campuran waffle kedalam waffle maker dan masak waffle sehingga perang dan garing.(waffle akan masak dalam 2 hingga 3 minit. )
6.Hidangkan panas, dengan sirap maple dan mentega , seperti yang dikehendaki.

Tuesday, December 22, 2015

Pancake

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu fresh milk/low fat
1 biji telur(putih sahaja)
Setengah sudu kecil baking powder
2 sb gula
2 sb minyak
Esen vanila jika perlu

Cara-cara
1.putih telur dipukul sampai berbuih.masukkan gula,susu dan esen vanila kacau sebati
2.tepung gandum diayak bersama baking powder.
3.campurkan tepung dengan bahan yang dikacau tadi pastikan tiada ketulan tepung.
4.panaskan non-stickpan api kecil letakkan minyak sedikit dan curahkan campuran tadi.
5.terbalikkan bila tidak melekat.
6.siap.