Wednesday, December 23, 2015

Waffle mudah

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu teh serbuk penaik
Garam 1/4 sudu teh
Susu 1 cawan
2 biji gred A
4 sudu besar mentega(cairkan)
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
1.panaskan waffle maker.Dalam mangkuk besar pukul tepung, serbuk penaik,gula,dan garam; ketepikan.
2.Dalam mangkuk lain, pukul susu,esen vanila dan telur.
3.tuangkan campuran tepung dan pukul perlahan-lahan sampai sebati (jangan terlalu lama).
4.masukkan mentega cair pukul sebati
5.tuangkan campuran waffle kedalam waffle maker dan masak waffle sehingga perang dan garing.(waffle akan masak dalam 2 hingga 3 minit. )
6.Hidangkan panas, dengan sirap maple dan mentega , seperti yang dikehendaki.

Tuesday, December 22, 2015

Pancake

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu fresh milk/low fat
1 biji telur(putih sahaja)
Setengah sudu kecil baking powder
2 sb gula
2 sb minyak
Esen vanila jika perlu

Cara-cara
1.putih telur dipukul sampai berbuih.masukkan gula,susu dan esen vanila kacau sebati
2.tepung gandum diayak bersama baking powder.
3.campurkan tepung dengan bahan yang dikacau tadi pastikan tiada ketulan tepung.
4.panaskan non-stickpan api kecil letakkan minyak sedikit dan curahkan campuran tadi.
5.terbalikkan bila tidak melekat.
6.siap.

Monday, December 14, 2015

Popcorn caramel

Bahan-bahan
Popcorn
Butter
Esen vanila 1 sudu kecil
Gula ikut suka
Garam (jika perlu)

Cara-cara
1.sediakan kuali cairkan butter suku dan masukkn segenggam popcorn dahulu(jangan masuk semua popcorn sbb ia mengembang)
2.kacau popcorn lepas tu tutup rapat dengan api kecil..(dengarlh letupan bermula)
3.apabila sudah tiada dengar letupan lagi buka penutup dan pindahkan popcorn kedalam bekas lain.

Cara karamel
1.panaskan periuk masukkan gula dan biar mencair jangan dikacau(api kecil)
2.bila sudah cair masukkan butter dan esen vanila,garam kacau sebati(hati-2 jangan hangus karamel cepat hangus)
3.campurkan karamel keatas popcorn dan gaul rata..masukkan kedalam oven pada darjah 170c selama 15 minit.
4.popcorn akan melembut didalam oven kacau bagi karamel sebati sepenuhnya.
5.keluarkan dan sejukkan popcorn siap.

[Tak masuk dalam oven pun boleh juga]

bergedil daging

bahan-bahan
kentang 30gm
daging kisar250gm
telur 5biji
bawang besar 2 biji
daun sup 
daun ketumbar
garam sedikit
minyak untuk mengoreng

cara-cara
1.kentang dikupas kulitnya dan direbus hingga empuk.
2.potong halus bawang,daun sup,daun ketumbar.
3.lenyekkan kentang dan gaulkan garam dan bahan yg dipotong tadi.
4.bentukkan adunan menjadi bulat dan leper
5.celupkan kedalam telur dan goreng hingga kekuningan
6.siap dihidang

Resepi sambal tumis yang mudah

Bahan-bahan
Bawang besar 3 biji(blend)
Bawang putih 2 ulas(blend)
Ikan bilis 50gm(blend)
Cili giling 700gm 1 paket
Sambal belacan modern adabi 2 sudu
Asam adabi 1 sudu kecil
Minyak untuk menumis
Gula agak-agak rasa

Cara-cara
1.blend bahan yg ditanda..tuangkan minyak didalam periuk dan tumiskan bahan yg diblend dengan sambal belacan adabi tadi hingga garing.
2.masukkan cili giling dan kacau rata(jangan tmbh garam cili giling mmg dh ditmbh garam)
3.masukkan gula dan air asam.
4.masakkan sambal dan perasakan...
5.siap untk dihidang...