Wednesday, December 23, 2015

Waffle mudah

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu teh serbuk penaik
Garam 1/4 sudu teh
Susu 1 cawan
2 biji gred A
4 sudu besar mentega(cairkan)
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
1.panaskan waffle maker.Dalam mangkuk besar pukul tepung, serbuk penaik,gula,dan garam; ketepikan.
2.Dalam mangkuk lain, pukul susu,esen vanila dan telur.
3.tuangkan campuran tepung dan pukul perlahan-lahan sampai sebati (jangan terlalu lama).
4.masukkan mentega cair pukul sebati
5.tuangkan campuran waffle kedalam waffle maker dan masak waffle sehingga perang dan garing.(waffle akan masak dalam 2 hingga 3 minit. )
6.Hidangkan panas, dengan sirap maple dan mentega , seperti yang dikehendaki.

Tuesday, December 22, 2015

Pancake

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu fresh milk/low fat
1 biji telur(putih sahaja)
Setengah sudu kecil baking powder
2 sb gula
2 sb minyak
Esen vanila jika perlu

Cara-cara
1.putih telur dipukul sampai berbuih.masukkan gula,susu dan esen vanila kacau sebati
2.tepung gandum diayak bersama baking powder.
3.campurkan tepung dengan bahan yang dikacau tadi pastikan tiada ketulan tepung.
4.panaskan non-stickpan api kecil letakkan minyak sedikit dan curahkan campuran tadi.
5.terbalikkan bila tidak melekat.
6.siap.

Monday, December 14, 2015

Popcorn caramel

Bahan-bahan
Popcorn
Butter
Esen vanila 1 sudu kecil
Gula ikut suka
Garam (jika perlu)

Cara-cara
1.sediakan kuali cairkan butter suku dan masukkn segenggam popcorn dahulu(jangan masuk semua popcorn sbb ia mengembang)
2.kacau popcorn lepas tu tutup rapat dengan api kecil..(dengarlh letupan bermula)
3.apabila sudah tiada dengar letupan lagi buka penutup dan pindahkan popcorn kedalam bekas lain.

Cara karamel
1.panaskan periuk masukkan gula dan biar mencair jangan dikacau(api kecil)
2.bila sudah cair masukkan butter dan esen vanila,garam kacau sebati(hati-2 jangan hangus karamel cepat hangus)
3.campurkan karamel keatas popcorn dan gaul rata..masukkan kedalam oven pada darjah 170c selama 15 minit.
4.popcorn akan melembut didalam oven kacau bagi karamel sebati sepenuhnya.
5.keluarkan dan sejukkan popcorn siap.

[Tak masuk dalam oven pun boleh juga]

bergedil daging

bahan-bahan
kentang 30gm
daging kisar250gm
telur 5biji
bawang besar 2 biji
daun sup 
daun ketumbar
garam sedikit
minyak untuk mengoreng

cara-cara
1.kentang dikupas kulitnya dan direbus hingga empuk.
2.potong halus bawang,daun sup,daun ketumbar.
3.lenyekkan kentang dan gaulkan garam dan bahan yg dipotong tadi.
4.bentukkan adunan menjadi bulat dan leper
5.celupkan kedalam telur dan goreng hingga kekuningan
6.siap dihidang

Resepi sambal tumis yang mudah

Bahan-bahan
Bawang besar 3 biji(blend)
Bawang putih 2 ulas(blend)
Ikan bilis 50gm(blend)
Cili giling 700gm 1 paket
Sambal belacan modern adabi 2 sudu
Asam adabi 1 sudu kecil
Minyak untuk menumis
Gula agak-agak rasa

Cara-cara
1.blend bahan yg ditanda..tuangkan minyak didalam periuk dan tumiskan bahan yg diblend dengan sambal belacan adabi tadi hingga garing.
2.masukkan cili giling dan kacau rata(jangan tmbh garam cili giling mmg dh ditmbh garam)
3.masukkan gula dan air asam.
4.masakkan sambal dan perasakan...
5.siap untk dihidang...

Wednesday, August 19, 2015

Roasted chicken

bahan-bahan
1 ekor ayam
30 ml sos tiram
30 ml demi glaze
15 gm lada hitam
50 gm carrot
2 biji bawang holland
1 batang celery
30 gm lada benggala hijau
30 gm lada benggala merah
5 gm oregano
5 gm thyme
10 gm garam
15 gm olive oil

cara-cara
1.bersihkan ayam.lumurkan sos tiram,demi glaze,lada hitam,dan perap selama 2 jam.
2.potong kasar bawang,celery,carrot,lada benggala.
3.panaskan olive oil sedikit(minyak masak pun boleh) tumis bahan yang potong kasar tadi hingga naik bau.
4.taburkan thyme dan oregano kedalam tumisan.
5.ambil ayam yang sudah diperap tadi dan sumbatkan bahan tumisan kedalam ayam .
6.panaskan oven 180c dan bakar ayam selama 45minit
8.siap dihidang..


Menjana pendapatan dengan mudah

Sesiapa yang duduk dirumah masih tiada kerja atau masih belajar berdaftarlah dengan affiliate menjana pendapatan anda dengan mudah dan tanpa mengeluarkan sebarang modal berdaftarlah sekarang di http://www.niagaaffiliate.com/hop.php?ref=amirulfiq  Belum cuba belum tahu.

Bersabar selagi boleh

Assalamualaikum...jam sudah menunjukkan 2am tapi mata tidak boleh lelap..hidup ni kadangkala tak semuanya betul pasti ada silapnya kita ni manusia kena sentiasa bersabar atas dugaan yang allah beri..setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya...

Tempahan tahun ni

Syukur alhamdulillah tahun ini ramai order kuih raya dan kek.

Tuesday, August 18, 2015

Biskut kacang mazola

Bahan-bahan
100gm kacang tanah
1cawan gula castor
150gm tepung gandum
50ml minyak mazola(kalau tak cukup tambah lagi sampai adunan lembut)
Cara-cara
1.sangai kacang tanah(masak dlm kuali tanpa minyak) sampai kacang masak dan buang kulit,blend separuh halus separuh kasar.
2.bekas lain satukan gula,tepung,kacang yang dikisar dan gaul rata.
3.curahkan minyak mazola dan adun sampai lembut.
4.terap atau bulatkan doh tadi dan lenserkan kuning telur keatasnya dan bakar pada suhu 180c selama 10-13 minit.
5.siap biskut mazola..

Tuesday, June 30, 2015

Crunchy cornflakes

Bahan-bahan

100gm butter
50 gm  gula castor
100ml  madu
500gm cornflakes

Cara-cara

1.satukan butter,gula,madu masak diatas api yang perlahan sehingga nampak likat.
2.bekas lain masukkan cornflakes dan ramas kasar(jangan hancur sangat)
3.curahkan butter yang dimasak tadi kedalam cornflakes yang diramas tadi dan gaulkan rata.
4.sudukan adunan kedalam papercup dan bakar pada suhu 160c selama 10-15 minit.

Butter cake

Butter Cake
Bahan-bahan
250g Gula caster
250g Butter
5 biji telur (B)
250g Tepung naik sendiri
Cara penyediaanya
1-  Panaskan oven terlebih dahulu
2-  Putarkan butter dan gula caster hingga kembang
3-  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi
4-  Masukkan tepung naik sendiri, pukul hingga rata
5-  Kemudian tuangkan adunan dalam loyang yang telah digris
6-  Bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak.  (cucuk tengah ngan lidi - kalau lidi bersih tandanya kek dah masak)
Cream Icing 1
Bahan-bahan
1kg krimwell
1/2kg gula icing ( di ayak 2x)
Cara penyediaannya
1-  Pukul krimwell hingga kembang
2-  Masukkan gula icing yang telah diayak dan pukul hingga rata
3-  Adun bersama colour dan dah boleh guna tuk mendeco-deco

Friday, April 10, 2015

Chicken wrap

Bahan-bahan

Daging ayam potong sederhana kecil
Serbuk cili 1 tbsp
Rempah kari 1 tbsp
Tepung gandum 1 cawan
Garam sedikit
Telur sebiji
Salad
Tomato
Bawang sebiji dihiris halus
Mission wrap sekeping

Cara-cara
1.campurkan didalam bekas serbuk cili,rempah kari,tepung gandum,garam gaul rata.
2.bekas lain pecahkan telur sebiji dan kacau.
3.celupkan daging ayam kedalam telur dan masukkan pula kedalam tepung golekkan supaya tepung melekat sepenuhnya.
4.panaskan minyak didalam kuali dan goreng daging ayam tadi dengan api perlahan supaya dalamnya masak.
5.sambil itu panaskan mission wrap diatas kuali leper.lepas dipanaskan susun sayur bermula dengan salad,tomato,dan bawang.
6.bila ayam sudah masak masukkan kedalam bekas lain dan campurkan mayonis dan gaul rata.
7.last sekali letakkan daging ayam yang telah dicampur mayonis tadi keatas sayuran tadi dan lipatkan mission wrap tersebut.
8.siap dihidang..

Tuesday, February 17, 2015

French toast and poach egg

Western breakfast...
Bahan-bahan
Roti 2 kpg
Telur 3 biji
Esen vanila 1 sudu kecil
Cheddar cheese 1 kpg
Sosej 1
Sos sedikit
Cara-cara roti
1.gorengkan sosej dahulu.
2.kemudian bancuh 2 biji telur didalam bowl dan campurkan esen vanila.
3.buang kulit roti setiap sisi dan letakkan cheese di tengah roti dan celupkan kedalam telur tadi dan goreng dengan api perlahan.
Cara-cara poach egg
1.didihkan air dan masukkan sedikit cuka dan garam.
2.pecahkan telur dan masukkan telur perlahan-lahan didalam air yang mendidih dan biarkan selama 3-5 minit.
3.angkat menggunakan skimmer dan siap dihidang bersama french toast berserta sosej...

Saturday, February 7, 2015

Bread butter pudding

Boleh dibakar atau kukus
Pudding roti
Bahan
Roti 10 keping
Telur 1 biji
Esen vanila 1tbsp
Gula 200 gm
Susu cair or dutch lady full cream 800ml

Vanilla sauce
Susu cair or dutch lady full cream 250ml
Tepung kastad 2tbsp
Esen vanila 1tbsp
Gula 100gm(kalau nak manis tmbh gula lg)

Cara-cara pudding roti
1.campurkan susu,gula,telur,esen dan kacau smpai gula hancur.
2.susun roti didalam loyang dan carik-carik kan sikit.
3.tuang adunan yg dikacau tadi kedlm loyang yg berisi roti dan biarkan seketika.
4.kukus selama 30 minit atau bakar 180c selama 30 minit

Cara-cara vanila sauce
1.hidupkan api dapur perlahan tuang susu ke dalam periuk dan masukkan gula kacau smpai gula hancur
2.masukkan esen vanila dan kacau sebati
3.masukkan tepung kastad dan kacau wehingga pekat.

Siap dihidang bersama pudding roti...selamat minum petang